LUAR NEGARA

Pesawat tentera Venezuela terhempas ketika latihan Hari Kebangsaan

CARACAS – Sebuah pesawat Sukhoi Su-30MK2 milik Angkatan Tentera Venezuela (FANB) dilaporkan terhempas di wilayah Miranda, pada Ahad.

Menurut Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, pesawat tersebut sedang dalam latihan penerbangan bagi sambutan Hari Kebangsaan yang dijadualkan pada hari Rabu, 5 Julai.

Menurut FANB, juruterbang pesawat, Kolonel Paulino Sabilo dan Leftenan Kolonel Sergio Hernandez sempat melenting keluar sebelum pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun, kata Maduro dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, Kolonel Sabilo ditemukan terbunuh oleh anggota pasukan penyelamat.

Menteri Pertahanan Venezuela, Vladimir Padrino Lopez dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat punca kemalangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button