BERITA SEMASA

Peruntukan RM3.1 juta bagi KEMAS luaskan operasi 53 pusat pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan meluaskan pengoperasian 53 pusat pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara bermula Mac 2024.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peluasan operasi ini  akan melibatkan peruntukan berjumlah RM3.1 juta setahun.

“Kos ini melibatkan emolumen, utiliti, geran perkapita dan bantuan makanan tambahan.

“Peluasan pengoperasian ini dijangka akan memberikan pertambahan akses pendidikan berkualiti serta bermanfaat kepada seramai lebih 1,300 orang kanak-kanak,” kata Ahmad Zahid di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban kos pendidikan pra-sekolah.

Ahmad Zahid turut berkata, kerajaan juga telah meluluskan cadangan pembinaan baharu 10 buah pusat pendidikan awal kanak-kanak KEMAS bagi tahun 2024 dengan kos berjumlah RM 30.7 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button