Pertemuan AS-China: Tumpuan dunia terarah ke Beijing
BEIJING – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping hari ini memulakan sidang kemuncak berimpak tinggi menerusi pertemuan rasmi di Great Hall of the People.
Ketibaan Trump di tangga bangunan tersebut disambut mesra oleh pemimpin China itu dengan jabat tangan erat sebaik sahaja beliau melangkah keluar dari kenderaan rasminya, memetik laporan AFP.
Ketibaan beliau disambut oleh delegasi AS yang turut disertai Setiausaha Negara, Marco Rubio; Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth serta barisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terkemuka termasuk Elon Musk.
Memandangkan agenda perbincangan melibatkan kepentingan strategik dua kuasa ekonomi terbesar dunia, pertemuan tersebut kini menjadi tumpuan utama masyarakat antarabangsa.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu sensitif yang memecah-belahkan dua kuasa besar dunia, perdagangan dan pembangunan.
Terdahulu Trump tiba di negara itu pada petang Rabu.
Ia adalah lawatan pertama presiden AS ke China dalam tempoh hampir sembilan tahun dan kedua buat Trump sejak November 2017.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








