Permaisuri Agong raikan 100 pejuang kanser sempena Aidilfitri
JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Pejuang-Pejuang Kanser yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), semalam.
Majlis anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) itu merupakan usaha berterusan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan selain menzahirkan sokongan moral kepada komuniti pesakit kanser di negeri ini.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan tunai serta cenderahati kepada 100 pejuang kanser yang diraikan.
Selain menyambut Aidilfitri dalam suasana penuh bermakna, majlis berkenaan turut menjadi platform menghimpunkan rakan strategik TLJCF bagi memperkukuh jaringan sokongan kebajikan secara lebih menyeluruh.
Suasana majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Yayasan Warisan Johor serta penampilan pemain biola, Adawiya Farikh.
Tidak ketinggalan, persembahan murid Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah yang dipimpin jurulatih tari bebas, Mohd Nurakmal Daim, yang juga bekas pesakit kanser limfoma tahap empat, mencuri perhatian para hadirin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








