Penuntut universiti sama, kondominium sama, maut dipercayai jatuh pada hari sama
KUALA LUMPUR – Penduduk sebuah kondominium di Taman Melati dekat sini gempar selepas dua kejadian penuntut universiti swasta di sini ditemui maut dipercayai jatuh dari tempat tinggi.
Lebih mengejutkan kedua-dua kejadian itu berlaku dalam tempoh kurang 24 jam dan berlaku melibatkan bangunan yang sama.
Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada pukul 6.45 pagi melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun yang ditemui di laluan belakang kondominium.
Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 22.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan.
Sementara itu, kejadian kedua berlaku sekitar pukul 8.30 malam melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun.
Berdasarkan maklumat orang awam, penuntut lelaki terbabit dipercayai jatuh dari tempat paling tinggi di kondominium itu yang menempatkan sebuah kafetaria.
Kedua-dua kejadian bagaimanapun dilaporkan tidak mempunyai kaitan, memetik laporan Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







