BERITA SEMASALUAR NEGARA

Pelajar universiti hilang enam hari ditemui tidak bernyawa di Yamuna

NEW DELHI – Seorang pelajar wanita Universiti Delhi yang dilaporkan hilang sejak hampir seminggu lalu ditemukan maut di Sungai Yamuna, semalam.

Menurut kenyataan pihak polis, mangsa dikenali sebagai Sneha Debnath, 19, berasal dari Tripura ditemukan berhampiran jejambat Geeta Colony, kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir dia dikesan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai membunuh diri berdasarkan penemuan nota tulisan tangan yang ditinggalkan.

“Nota berkenaan menjelaskan dengan jelas niat Sneha untuk menamatkan hidupnya.

“Berdasarkan siasatan, tekanan yang dihadapi mangsa bukan disebabkan bebanan akademik, sebaliknya berpunca daripada masalah peribadi melibatkan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Sneha menaiki sebuah teksi pada 7 Julai menuju ke Signature Bridge di bahagian utara Delhi.

Lokasi terakhirnya dikenal pasti menerusi pemantauan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rekod komunikasi.

Pemandu teksi yang menurunkan mangsa di lokasi itu turut tampil memberi keterangan, mengesahkan bahawa beliau menurunkan Sneha berhampiran jambatan berkenaan.

Beberapa saksi turut mendakwa melihat seorang wanita berdiri seorang diri di atas jambatan tersebut sebelum tidak lagi kelihatan.

Susulan kehilangan itu, operasi pencarian digerakkan dengan kerjasama Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) dan unit khas polis, merangkumi kawasan pencarian dari Nigam Bodh Ghat hingga ke Noida.

Menurut pihak berkuasa, Sneha menghantar mesej dan e-mel kepada beberapa rakan rapat pada awal pagi hari kejadian.

“Rakan-rakannya memaklumkan mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan sejak beberapa bulan lalu,” jelasnya.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

Polis masih meneruskan siasatan bagi melengkapkan laporan penuh insiden.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button