BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Penjual jam Rolex rugi RM140,000 ditipu cek tendang

BATU PAHAT – Hasrat seorang peniaga untuk mendapatkan pulangan daripada jualan jam dua utas tangan mewah bernilai RM140,000 terkubur apabila diperdaya oleh pembeli dengan cek tendang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa seorang lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan mengenai kejadian itu kelmarin.

Katanya, penjualan jam tangan jenama Rolex itu dibuat mangsa melalui iklan di Facebook pada 27 Oktober lalu pada harga RM88,000 sebelum menawarkan seutas lagi jam jenama sama kepada suspek pada harga RM52,000.

“Mangsa dihubungi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan menyatakan hasrat untuk membeli kedua-dua jam tangan daripada pengadu.

“Suspek kemudian menjanjikan bayaran akan dibuat ke akaun mangsa melalui bayaran cek,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Shahrulanuar berkata, pada 4 November lalu, mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa bayaran telah dibuat menerusi mesin cek deposit.

“Mangsa membuat semakan dan mendapati jumlah dinyatakan ada dalam akaunnya. Suspek kemudian meminta mangsa menghantar jam tangan terbabit menerusi syarikat kurier.

“Bagaimanapun keesokan harinya, mangsa mendapati wang bayaran berjumlah RM140,000 yang dinyatakan sudah tidak direkodkan bank kerana bayaran dibuat menggunakan cek tendang ,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button