BERITA SEMASA

Asrama pusat tahfiz musnah terbakar

BATU PAHAT – Sebuah asrama Maahad Tahfiz Al-Johari di Jalan Parit Bingan, di sini, musnah dalam satu kebakaran, pagi tadi.

Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memberitahu, kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat dua bangunan kekal asrama berkenaan, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya dalam satu kenyataan, seramai 23 anggota dari tiga balai termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penggaram, dan Rengit, dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi diketuai Pegawai Bomba II, Mohd Shahmin Mohd Salikin, Nasrul Rahman, dan Pegawai Bomba Kanan II, Siti Hajar Sanusi.

“Kebakaran itu melibatkan kawasan seluas 30 meter panjang dan 9 meter lebar hangus hampir 70 peratus dalam insiden kebakaran yang berlaku pagi tadi.

“Pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Bagaimanapun, sebahagian besar barangan peribadi milik pelajar musnah dalam kejadian tersebut.

Api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh hampir dua jam.

Difahamkan, ketika kebakaran berlaku, semua pelajar dan guru sedang menyertai program gotong-royong di laman sekolah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button