BERITA SEMASA

Penghadang sementara dipasang susulan kemalangan maut di Jalan Tapah–Cameron Highlands

TAPAH – Penghadang jalan sementara telah dipasang di lokasi kemalangan maut di Batu 21, Jalan Tapah menghala ke Cameron Highlands, sebagai langkah segera meningkatkan keselamatan pengguna laluan berkenaan.

Tindakan itu diambil susulan insiden tragis pada malam tadi yang mengorbankan seorang lelaki selepas kenderaan dinaiki bersama lima ahli keluarga terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, lokasi berkenaan sememangnya telah dikenal pasti untuk pemasangan penghadang jalan di bawah Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) 2026, namun masih menunggu kelulusan.

“Sebagai langkah interim, penghadang sementara telah dipasang bagi mengurangkan risiko kemalangan berulang, selain delineator keselamatan yang sedia ada di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut JKR, hasil pemeriksaan rutin sebelum kejadian tidak menemukan sebarang kerosakan jalan seperti lubang atau kecacatan permukaan yang boleh menyumbang kepada kemalangan.

“Penyenggaraan berkala sentiasa dilaksanakan oleh pihak konsesi mengikut obligasi kontrak, termasuk tindakan pembaikan segera sekiranya diperlukan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, JKR turut memaklumkan pemantauan berterusan akan dilakukan di lokasi terbabit bagi memastikan tahap keselamatan jalan sentiasa berada pada tahap optimum.

JKR turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button