BISNES & EKONOMI

Pengeluaran getah asli turun 9.2 peratus pada Mac 2024 – DOSM

PUTRAJAYA – Pengeluaran getah asli menurun 9.2 peratus pada Mac 2024 (26,966 tan metrik) berbanding pada Februari 2024 (29,691 tan metrik), lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 0.8 peratus (Mac 2023: 27.188 tan metrik).

Katanya, pengeluaran getah asli Malaysia pada Mac 2024 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (88.5 peratus) berbanding sektor estet (11.5 peratus).

“Jumlah stok getah asli pada Mac 2024 menurun 3.3 peratus kepada 222,455 tan metrik berbanding 229,940 tan metrik pada Februari 2024.

“Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 92.4 peratus dikuti kilang pengguna getah (7.5 peratus) dan estet getah (0.1 peratus),” katanya dalam kenyatan itu.

Sementara itu, eksport getah asli Malaysia berjumlah 58,965 tan metrik pada Mac 2024, melonjak 7.0 peratus berbanding Februari 2024 (55,083 tan metrik).

“China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 48.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Mac 2024 diikuti Jerman (9.3 peratus), Emiriah Arab Bersatu (9.2 peratus), India (6.9 peratus) dan Pakistan (4.5 peratus).

“Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub dan benang getah. Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.14 billion pada Mac 2024, meningkat 3.9 peratus berbanding Februari 2024 (RM1.10 billion),” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button