BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pengarah Maju Holdings didakwa pecah amanah RM313 juta, pengubahan wang haram RM139 juta

KUALA LUMPUR – Pengarah Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pecah amanah berjumlah RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM139 juta.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua 17 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Kesemua pertuduhan itu berkaitan cadangan projek pembinaan Lebuhraya Putrajaya–KLIA (MEX II) bermula dari Persimpangan Putrajaya hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijalankan syarikat Maju Holdings.

“Faham… tidak mengaku salah,” kata Abu Sahid ketika pertuduhan dibacakan, seperti dilaporkan BH Online.

Abu Sahid hadir ke mahkamah dengan menaiki kerusi roda kerana masalah kesihatan dan dibenarkan berada di luar kandang tertuduh.

Maju Holdings merupakan pemegang konsesi Maju Expressway (MEX) yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur–Putrajaya–KLIA.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Abu Sahid didakwa melakukan kesalahan itu sebagai ejen iaitu pengarah Maju Holdings, melibatkan akaun syarikat di CIMB Bank Berhad, Bukit Tunku, antara alamat J2 & K1, Taman Tunku di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button