BERITA SEMASADALAM NEGERI

3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK, LPT1 sepanjang Aidilfitri

KUANTAN – Sebanyak 3.03 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sepanjang tempoh cuti perayaan Aidilfitri bermula 18 hingga 29 Mac ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2.1 juta kenderaan dijangka melalui KLK manakala 934,000 lagi menggunakan LPT1.

Menurut beliau, purata trafik harian pada waktu puncak dianggarkan mencecah 78,000 kenderaan, dengan jumlah tertinggi dijangka direkodkan pada 28 Mac ini iaitu sebanyak 106,000 kenderaan.

“Peningkatan aliran trafik ini memerlukan semua pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada, mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan ketika memandu agar perjalanan lebih selamat dan lancar,” katanya memetik Buletin TV3.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2026 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang (hala timur) LPT1, di sini malam tadi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Razali memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti sebanyak 38 lokasi kerap kemalangan serta 22 kawasan ‘panas’ yang berpotensi mengalami kesesakan lalu lintas di seluruh negeri ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button