BERITA SEMASALUAR NEGARA

Penganjur ultramaraton dijatuhi hukuman penjara selepas 21 pelari maut

BEIJING – Penganjur ultramaraton 2021 di barat laut China dijatuhi hukuman penjara selepas 21 pelari maut semasa bertanding dalam kejohanan tersebut dua tahun lalu.

Memetik laporan AFP, seramai lima individu yang terbabit dalam perancangan kejadian malang itu dikenakan hukuman penjara antara tiga tahun hingga lima setengah tahun oleh mahkamah di Baiyin, sebuah bandar di wilayah Gansu, tempat kematian berlaku.

Pada Mei 2021, perlumbaan gunung merentas desa sejauh 100 kilometer (62 batu) bertukar menjadi tragedi maut apabila hujan beku, angin kencang dan hujan batu melanda pelari maraton itu.

Lima individu itu disabitkan atas kesalahan menganjurkan acara berskala besar yang membawa kepada insiden keselamatan yang ketara, kata agensi berita Xinhua.

Di ibu kota wilayah Lanzhou, seorang pegawai dijatuhi hukuman empat tahun 10 bulan kerana melalaikan tugas dan rasuah, dan satu lagi tiga setengah tahun kerana melalaikan tugas sahaja, tambah Xinhua.

Larian jarak jauh dan sukan lasak lain berkembang pesat di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerana kerajaan menggalakkan senaman untuk semua peringkat umur, walaupun banya organisasi berulang kali menimbulkan masalah.

Insiden 2021 menimbulkan persoalan tindakan penganjur tidak mengendahkan cuaca ekstrem dan ia menyeru kepada undang-undang yang lebih ketat mengenai acara sukan.

Susulan kematian itu, Kementerian Sukan Beijing mengumumkan bahawa acara tanpa piawaian keselamatan negara akan digantung, termasuk larian denai gunung, penerbangan pakaian sayap dan larian jarak jauh ultra.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button