BERITA SEMASA

Penduduk Malaysia meningkat kepada 34.4 juta tahun ini – DOSM

PUTRAJAYA – Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan meningkat kepada 34.4 juta orang pada tahun ini berbanding 34.2 juta pada 2025, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 0.5 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, peningkatan itu didorong pertambahan bilangan penduduk warganegara daripada 30.8 juta kepada 31 juta orang, manakala kadar pertumbuhan penduduk warganegara kekal pada 0.6 peratus.

Menurut DOSM, kadar pertumbuhan penduduk bukan warganegara menunjukkan peningkatan apabila berubah daripada negatif 0.5 peratus pada 2025 kepada negatif 0.2 peratus tahun ini.

“Komposisi penduduk warganegara turut meningkat daripada 90.1 peratus kepada 90.2 peratus, manakala bukan warganegara menurun daripada 9.9 peratus kepada 9.8 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di peringkat negeri, Selangor kekal sebagai negeri paling ramai penduduk dengan anggaran 7.5 juta orang atau 21.7 peratus daripada keseluruhan populasi negara.

Johor mencatat jumlah penduduk kedua tertinggi dengan 4.2 juta orang, diikuti Sabah sebanyak 3.8 juta, manakala Perak dan Sarawak masing-masing merekodkan 2.6 juta dan 2.5 juta penduduk.

Dari segi kadar pertumbuhan tahunan, Terengganu mencatat pertumbuhan tertinggi sebanyak 1.2 peratus, diikuti Kelantan pada kadar 1.0 peratus.

Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula masing-masing merekodkan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 0.6 peratus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button