BERITA SEMASA

Pemuda Cina sebak mekanik bantu baiki motosikal tanpa bayaran

PETALING JAYA – Seorang pemuda Cina tidak dapat menahan sebak selepas seorang mekanik membantu membaiki motosikalnya tanpa mengenakan bayaran.

Perkara itu dikongsi pemilik akaun TikTok mekanik berkenaan @minyakhitamjalanan menerusi hantaran video di platform tersebut.

Menurutnya, sekitar pukul 12.30 malam, dia menerima panggilan dari pemuda tersebut.

“Hai bos, saya dapat nombor abang dari TikTok. Tadi saya ada call pomen (mekanik) lain, dia tak layan sampai block nombor saya.

“Saya nak minta tolong, rantai motor saya putus dan spoket depan hilang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia memberikan anggaran awal kos pembaikan sekitar RM145 termasuk alat ganti dan upah sebelum lelaki itu memaklumkan hanya mempunyai RM80 sahaja.

Bagaimanapun, mekanik berkenaan tetap bergegas ke lokasi sekitar pukul 1 pagi bagi membantunya.

Sebaik kerja membaiki motosikal selesai, dia mendapati lelaki tersebut hanya mempunyai wang yang cukup-cukup untuk kegunaannya sendiri.

“Dia pinjam duit kawan dulu. Lepas aku dah siap kerja, dia nak bayar. Aku tengok dalam handphone dia ada duit cukup-cukup untuk dia saja.

“Dalam hati aku, mungkin dia betul-betul memerlukan. Aku pun pakai la duit infak untuk dia.

“Masa dia peluk aku, korang jangan tanya la. Aku memang tak boleh tahan dah. Setiap manusia pasti ada dugaan dan cerita sendiri.

“Moga abang Cina ini kuat dan semangat,” kongsinya.

Hantaran itu berjaya meraih 3.2 juta tontonan, 443,400 tanda suka dan 14,400 komen.

Selepas kejadian itu, pemuda tersebut turut meninggalkan komen pada video tersebut.

“Motor saya sudah dibaiki. Terima kasih semua. Dicky doakan semua sihat selalu dan Allah akan permudahkan kita semua.

“Walaupun saya Cina, tapi saya hormat semua agama,” komen pemuda yang difahamkan bapa tunggal dari Tawau, Sabah itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button