Pemotong rumput warga Pakistan direman cabul anak tiri
JASIN – Seorang warga Pakistan yang bekerja sebagai pemotong rumput direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki mencabul anak tirinya yang berusia 10 tahun.
Majistret Mahkamah Jasin, Mazana Sinin mengeluarkan perintah reman sehingga 8 Julai terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Menurut sumber, kejadian terbongkar pada Rabu lalu selepas mangsa bertindak menceritakan kejadian itu kepada gurunya.
“Guru itu kemudian menghubungi ibu mangsa dan memaklumkan kanak-kanak tersebut telah menceritakan dia dirogol dan dicabul bapa tirinya pada Februari lalu.
“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada waktu tengah hari ketika dia mahu menonton televisyen di ruang tamu sebelum bapanya itu memanggilnya dan menyuruhnya membuka seluar,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Sumber juga berkata, mangsa memberitahu ibunya yang berusia 54 tahun bahawa bapa tirinya sering menyentuh bahagian tubuhnya yang lain.
“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di Hospital Melaka mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) AKSTK 2017,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






