BERITA SEMASA

Pembinaan EKVE: Penutupan penuh MRR2 arah Gombak bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Gombak dinasihatkan merancang perjalanan mereka susulan penutupan penuh laluan dari KM22.2 hingga KM21.5 bermula 9 hingga 16 April ini.

“Penutupan ini berlangsung setiap malam dari jam 10 malam hingga 5 pagi adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE), termasuk kerja-kerja ‘hacking’ serta kerja berkaitan.

“Sepanjang tempoh ini, laluan tersebut akan ditutup sepenuhnya dan trafik akan dilencongkan ke susur keluar Lembah Keramat / Ukay Perdana,” menurut kenyataan pihak pengurusan EKVE.

Menerusi kenyataan itu juga, pengguna jalan raya diminta supaya lebih berhati-hati dan mematuhi papan tanda dan pelan pengurusan trafik yang disediakan bagi menjamin keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.

Peta laluan lencongan turut disertakan sebagai panduan kepada pengguna jalan raya yang terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button