Pemandu Volkswagen GTI didakwa kes kemalangan maut pelajar di Losong
KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu kereta Volkswagen GTI yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Losong bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Tertuduh, Asrizal Hisham Khalid, 43, yang juga seorang peniaga, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin, memetik laporan Kosmo! Online.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa memandu kenderaan jenis Volkswagen GTI secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian mangsa, Wah Han Keong, 18, di Jalan Losong Feri pada pukul 3.36 petang, 19 Mei lalu.
Dalam kejadian itu, Han Keong meninggal dunia di lokasi kejadian hingga terputus kepala akibat tusukan tiang elektrik yang patah dilanggar tertuduh.
Kes berkenaan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman berat terhadap kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Jika sabit kesalahan, tertuduh turut berdepan hukuman hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh minimum lima tahun dari tarikh sabitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








