BERITA SEMASA

KPK perkasa teknologi moden tingkat produktiviti pekebun lada

JULAU – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) komited memperkukuh penggunaan teknologi, mekanisasi dan inovasi di peringkat kebun bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan pekebun lada di negara ini.

Komitmen itu dizahirkan menerusi lawatan kerja Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bersama timbalannya, Datuk Seri Huang Tiong Sii ke kebun lada milik Nalong anak Jantan di Nanga Langu, di sini hari ini.

kpk
Lawatan itu memberi peluang untuk meninjau secara dekat perkembangan tanaman lada selain mendengar sendiri cabaran dan keperluan yang dihadapi komuniti pekebun kecil.

Lawatan berkenaan turut memberi peluang kepada kepimpinan KPK meninjau secara dekat perkembangan tanaman lada selain mendengar sendiri cabaran dan keperluan yang dihadapi komuniti pekebun kecil.

“Pendekatan turun padang ini selaras dengan komitmen kementerian untuk terus mendekati komuniti pekebun kecil dan memastikan inisiatif pembangunan agrikomoditi memberi manfaat secara langsung kepada mereka,” kata KPK menerusi hantaran di Facebook.

Sepanjang lawatan, delegasi turut menyaksikan demonstrasi penggunaan aplikasi Dr.Lada, penerangan Projek Piperspectral serta demonstrasi penerbangan dron.

Selain itu, delegasi turut diperkenalkan dengan penggunaan teknologi fertigasi dan Internet Kebendaan (IoT) serta peralatan pemprosesan lada yang digunakan di peringkat ladang.

“Pendekatan teknologi, mekanisasi dan inovasi di peringkat kebun penting dalam meningkatkan produktiviti serta kecekapan pengurusan tanaman, sekali gus memperkukuh daya saing industri lada negara dan meningkatkan pendapatan pekebun,” kata KPK.

Dalam pada itu, KPK akan terus memperkukuh kerjasama dengan Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan komuniti pekebun bagi memacu pembangunan industri lada yang lebih moden, produktif dan berdaya saing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button