Pemandu lori tangki meninggal dunia ketika berhenti di lampu isyarat
KULIM – Seorang pemandu lori tangki ditemukan meninggal dunia ketika berhenti di lampu isyarat di hadapan Kilang Lam Research, di sini semalam.
Mangsa, Abdul Haris, 62, yang berasal dari Melaka, pada awalnya disangka tertidur dalam kenderaannya sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai mangsa yang tidak sedarkan diri pada pukul 6.46 petang.
Menurutnya, berdasarkan maklumat pengguna jalan raya, lori tangki berkenaan berada di lokasi kira-kira 30 minit sebelum seorang pengguna jalan raya menghampiri kenderaan itu untuk mengejutkan mangsa.
“Pemaklum keluar dari kenderaan dan menghampiri lori terbabit untuk mengejutkan pemandunya tetapi mangsa tidak bangun.
“Pemaklum kemudian menghubungi ambulans dan pegawai perubatan dari Hospital Kulim mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syamsul berkata, hasil temu bual dengan anak lelaki mangsa mendapati bapanya mempunyai sejarah penyakit kronik termasuk darah tinggi dan kolesterol.
Katanya, pemeriksaan fizikal luaran terhadap mayat tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.
“Bedah siasat mendapati punca kematian adalah Ischaemic Heart Disease Due To Coronary Atherosclerosis iaitu serangan jantung akibat saluran darah tersumbat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








