POLITIK

Pelantikan saya ikut tatacara ditetapkan – Ismail Lasim

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan tatacara pelantikannya sebagai Menteri Besar telah dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi Wawasan Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berhubung pelantikannya ke jawatan berkenaan.

“Saya tak berapa mengikuti, tetapi saya rasa tatacaranya telah diikuti dengan betul. Tatacara pelantikan telah diikut dengan betul.

“Lain daripada itu saya tak ada komen,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Beliau berkata demikian selepas memulakan tugas rasmi di Wisma Negeri, di sini, pada Selasa.

Pada Ahad, Rais mempersoalkan urusan pelantikan Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau yang juga bekas menteri kanan UMNO melontarkan beberapa persoalan di sebalik pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu termasuk mendakwa wujudnya campur tangan dari “luar” dalam urusan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.

Terdahulu, Ismail, 67, memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri, di sini pukul 9 pagi tadi dengan disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim bersama ketua-ketua jabatan.

Ismail yang memenangi kerusi DUN Juasseh pada Pilihan Raya Negrti (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti,

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button