BERITA SEMASADALAM NEGERI

15 pelajar UPSI terlibat nahas bas terima pelupusan pinjaman PTPTN – Fahmi

KUALA LUMPUR – Seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat nahas bas baru-baru ini akan mendapat pelupusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Sekiranya ada pelajar UPSI yang merupakan penerima pinjaman PTPN berdasarkan dasar sedia ada pinjaman mereka akan dilupuskan atau dimaafkan melibatkan 15 orang mangsa itu,” katanya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian dalam sidang media mingguan di ibu negara hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut apabila bas yang dinaiki mereka terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini dilaporkan turut mengumumkan bantuan segera berjumlah RM2,000 akan disalurkan oleh kepada waris pelajar UPSI yang terlibat dalam nahas tersebut.

Selain itu, pihak universiti juga menyediakan bantuan khas RM1,000 kepada setiap waris mangsa termasuk mereka yang cedera dalam kemalangan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button