PETALING JAYA – Pelajar wanita Universiti Malaya (UM) yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak minggu lalu, ditemui selamat.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, pelajar berkenaan, Nawal Shahirah Mohd Jamil sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
BACA JUGA:
Pelajar UM dilapor hilang masih belum ditemui
Menurutnya, semakan polis dengan pihak HKL mengesahkan individu terbabit menerima rawatan psikiatri di hospital berkenaan.
“Individu berkenaan telah masuk ke hospital sendiri pada 28 Januari lalu bagi mendapatkan rawatan.
“Keadaannya dilaporkan baik dan kini ditempatkan di wad untuk pemerhatian kesihatan mental,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil maklumat diperoleh mendapati individu terbabit dipercayai mengalami tekanan emosi susulan kematian ahli keluarga terdekat iaitu ibunya.
Laporan media sebelum ini menyebut, pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi itu dilaporkan hilang dan tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan tempat kediamannya di Ryan & Miho, di sini, pada malam Selasa, 27 Januari lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















