JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar IPTA rugi RM56,000 ditipu wanita

KUALA TERENGGANU – Seorang penuntut institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerugian RM56,000 selepas menjadi mangsa ‘love scam’ oleh kenalan wanita yang ditemuinya di Telegram.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata, mangsa yang berusia 22 tahun telah membuat laporan polis petang semalam setelah menyedari dirinya diperdaya oleh sindiket tersebut.

Beliau berkata, hubungan mereka bermula pada 11 Mei lalu selepas berkenalan dengan suspek yang menyamar sebagai ‘Maria Adibah Abd Aziz’ di Telegram.

“Suspek mendakwa bekerja di sebuah syarikat pemasaran dalam talian di Kuala Lumpur sebelum meminta mangsa meminjamkan wang kononnya bagi tujuan bayaran kepada syarikat tempatnya bekerja.

“Suspek turut menawarkan untuk menunjukkan bahagian sulit badan serta menjalinkan hubungan intim sekiranya mangsa membuat bayaran kepadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, mangsa yang terpedaya kemudiannya membuat 45 transaksi melibatkan akaun RHB Bank, Bank Islam dan MAE Wallet miliknya dalam tempoh 11 Mei sehingga 4 Julai lalu.

Katanya, semua pembayaran dibuat melalui kod QR ke akaun yang diberikan suspek, membabitkan jumlah keseluruhan RM56,375.

“Mangsa tidak pernah bertemu suspek dan hanya berhubung menerusi mesej di aplikasi Telegram.

“Sehingga kini suspek terus meminta wang sehingga mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button