BERITA SEMASA

Pegawai JKDM terima pengiktirafan WCO

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengukir nama di peringkat antarabangsa apabila seorang pegawainya menerima pengiktirafan daripada World Customs Organization (WCO), baru-baru ini.

Pengiktirafan itu diberikan kepada Penolong Pengarah Kastam, Ts Dr Mohd Hairul Mohd Salleh sempena Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-44 atas sumbangan cemerlang beliau dalam memperkukuh peranan kastam di peringkat nasional dan antarabangsa.

Penolong Pengarah Kastam, Ts Dr Mohd Hairul bin Haji Mohd Salleh menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan WCO Certificate of Merit 2026

Anugerah WCO Certificate of Merit 2026 tersebut merupakan pengiktirafan berprestij yang diberikan kepada pegawai kastam atas komitmen dan kecemerlangan dalam memperkasakan fungsi kastam di peringkat global.

Dr Mohd Hairul yang kini berkhidmat di JKDM Putrajaya memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sejak 2005 dan memiliki latar belakang akademik dalam bidang biologi serta genetik sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Beliau turut aktif di pentas antarabangsa apabila mewakili Malaysia dalam persidangan WCO di Jakarta pada 2024 dan 2025, selain meraih pengiktirafan Winner for Call for Papers selama dua tahun berturut-turut.

Selain itu, beliau juga pernah menyertai persidangan berkaitan kecemasan nuklear dan radiologi di Riyadh serta menerima geran perjalanan antarabangsa, sekali gus mengukuhkan lagi sumbangan beliau dalam bidang kastam dan keselamatan global.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button