LUAR NEGARA

Pasangan pemilik gidang mercun terbakar serah diri

SONGKHLA – Sepasang suami isteri warga Thailand yang juga pemilik gudang mercun dan bunga api meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri semalam.

Ketua Polis Narathiwat, Anuruth Imarb berkata, pasangan berusia 42 tahun itu menyerah diri kepada polis Malaysia semalam, sebelum diserahkan kepada polis Thailand di Sadao pada 1.30 petang (waktu tempatan) dan tiba di Balai Polis Mundok pada 9 malam untuk disoal siasat.

“Mereka berdepan empat pertuduhan, termasuk kecuaian sehingga menyebabkan kematian, mengimport dan menjual bunga api dan mercun berbahaya tanpa permit, mengubah suai bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan melanggar undang-undang darurat di Selatan Thailand,” katanya dalam sidang media di sini.

Polis Thailand sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua individu itu dan memohon bantuan polis Malaysia untuk mengesan pasangan yang melarikan diri itu.

Sebelas maut dan 300 lagi cedera dalam letupan gudang mercun itu pada 29 Julai lalu.

Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis, termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah serta mengalami kerosakan dalam letupan 3.05 petang (waktu tempatan).

Sebanyak 41 kenderaan dan 27 motosikal turut musnah, manakala lebih 3,000 penduduk terjejas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button