Paras air tujuh sungai di Kelantan meningkat, Sungai Golok lepasi paras bahaya
KOTA BHARU – Paras air di tujuh sungai utama di Kelantan terus menunjukkan peningkatan pagi ini susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu, dengan Sungai Golok kini melepasi paras bahaya.
Menurut data Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang direkodkan pada ketinggian 9.13 meter.
Ia melepasi paras bahaya dan menimbulkan kebimbangan kemungkinan limpahan air ke kawasan rendah berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Tiga lagi sungai berada pada paras amaran, iaitu Sungai Lanas di Kampung Air Lanas, Jeli; Sungai Golok di Kampung Jenob dan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang.
Sementara itu, tiga sungai lain melepasi paras waspada yang menandakan trend kenaikan paras air termasuk Sungai Galas di Kampung Lembaga, Gua Musang; Sungai di Tok Bali serta sungai di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













