JENAYAH & MAHKAMAH

Papagomo tidak hadir sebutan kes sebar berita palsu akibat terkandas banjir

SEPANG – Blogger dan pempengaruh kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak hadir dalam sebutan kes menyebarkan berita palsu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, akibat terkandas dalam banjir di Tanjung Malim, Perak.

Difahamkan, sebutan semula kes penyebaran berita palsu oleh Papagomo melibatkan senarai Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ditangguhkan pada 1 Disember depan.

Pendakwaan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Papagomo selaku Orang Kena Saman (OKS).

Pada 3 November lalu, bekas EXCO Pemuda UMNO itu ditahan polis bagi membantu satu siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

Perkara tersebut disahkan peguam, Rafique Rashid Ali yang memaklumkan Papagomo ditahan di hadapan rumahnya.

Sebelum itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 September lalu memerintahkan Papagomo membela diri atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button