BERITA SEMASA

Tun Dr Siti Hasmah diberi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

KUALA LUMPUR – Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan diberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebagai penghormatan atas jasa dan sumbangan beliau kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) untuk membantu urusan pengurusan serta pelaksanaan istiadat berkenaan.

“Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Dalam pada itu Anwar menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Dr Siti Hasmah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Anwar turut menzahirkan ingatan dan doa kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button