Ketua Pengarah AKPS adakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pejabat Perdana Menteri, semalam.
Menurut kenyataan AKPS di Facebook, dalam pertemuan itu pelbagai isu berkaitan keselamatan sempadan negara telah dibincangkan secara menyeluruh.
“Perdana Menteri turut menyampaikan beberapa amanat penting kepada Mohd Shuhaily sebagai panduan dalam memperkukuh kawalan dan perlindungan sempadan negara,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Mohd Shuhaily turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Jumaat lalu.
Pertemuan tersebut menjadi platform strategik untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan dan membincangkan hala tuju serta peranan AKPS dalam memperkasa keselamatan sempadan negara.
AKPS menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh integriti dan keupayaan kawalan sempadan demi kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








