Nexperts Academy-Peneraju ‘taja’ penguasaan Bumiputera dalam sektor digital
KUALA LUMPUR – Institut latihan IT, Nexperts Academy menyeru orang ramai merebut peluang meneruskan pembelajaran dalam sektor teknologi maklumat (IT) bernilai tinggi melalui program latihan dan pensijilan profesional yang dibiayai sepenuhnya menerusi tajaan Yayasan Peneraju.
Inisiatif pendidikan strategik itu menawarkan program pensijilan bertaraf industri dalam bidang Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin (AIML), keselamatan siber, pembangunan perisian dan teknologi digital yang semakin mendapat sambutan dalam pasaran ketika ini.
Menariknya, melalui inisiatif itu, peserta berpeluang menukar pembiayaan kepada biasiswa penuh sekiranya mencapai kehadiran minimum 85 peratus serta lulus penilaian akhir, sekali gus mengurangkan beban kewangan.
Menurut Nexperts Academy, inisiatif itu merupakan komitmen untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan modal insan negara dengan menyediakan laluan pembelajaran secara berstruktur, pensijilan industri dan latihan berorientasikan keperluan sebenar pasaran.
Institut itu berkata, permintaan tenaga kerja mahir dalam bidang AI, analitik data, automasi, keselamatan siber dan pembangunan sistem menunjukkan peningkatan ketara sejajar perubahan landskap global.
Pada masa yang sama, Malaysia kini masih berdepan jurang kemahiran yang memerlukan kerjasama lebih rapat antara penyedia latihan dan industri.
“Dengan tenaga pengajar berpengalaman serta kurikulum yang dibangunkan bersama pemain industri, peserta diberi peluang memperkukuh kemahiran untuk meneroka kerjaya berpendapatan tinggi sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa,” menurut akademi itu.

Pengarah Nexperts Academy, Nazreen Abdul Ghani, berkata penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi merupakan elemen penting dalam memastikan daya saing Malaysia terus kukuh dalam ekonomi digital.
Katanya, usaha tersebut merupakan komitmen institut itu untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan modal insan negara dengan menyediakan laluan pembelajaran berstruktur, pensijilan profesional dan latihan berorientasikan industri yang memenuhi keperluan semasa dan masa depan.
“Kami komited melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera yang kompeten untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dipacu AI dan teknologi masa hadapan.
“Kejayaan Malaysia sebagai hab inovasi serantau bergantung kepada bakat tempatan yang bersedia bersaing di pentas global,” katanya pada sidang media baru-baru ini.
Mengulas keperluan bakat berkemahiran, Nazreen berkata permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam AI, analitik data, automasi, keselamatan siber dan pembangunan sistem terus meningkat selaras dengan perubahan pasaran global.
Katanya, melalui tenaga pengajar berpengalaman dan kurikulum yang dirangka berdasarkan keperluan sebenar pasaran, peserta berpeluang meningkatkan keupayaan untuk menceburi kerjaya berpendapatan tinggi di dalam atau luar negara.
Beliau menegaskan, kerjasama dengan Yayasan Peneraju membuka lebih banyak ruang untuk Bumiputera memperoleh kemahiran bertaraf global melalui latihan dan pensijilan profesional.
Antara program yang ditawarkan melalui program itu adalah AI & Machine Learning Bootcamp, CompTIA Network+, Certified Ethical Hacker (CEH), Network & Multi-Cloud Bootcamp dan CompTIA Cloud+.
Sidang media itu turut menampilkan alumni program yang berkongsi kejayaan mereka beralih kerjaya ke bidang teknologi maklumat dan analitik data selepas melalui latihan di Nexpert Academy sekaligus membuktikan keberkesanan program yang ditawarkan.
Permohonan pengambilan terakhir dibuka sehingga 15 Disember 2025. Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.nexpertsgrants.com atau laman rasmi akademi di www.nexpertsacademy.com
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








