BERITA SEMASA

Nenek bersama cucu hilang ketika mencari durian

KUALA KUBU BHARU – Seorang nenek berusia 62 tahun bersama cucunya, 12, dilaporkan sesat di Bukit Buluh Telur, di sini, tengah hari semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika wanita warga emas itu masuk ke kebun durian sebelum menghubungi anak sulungnya memaklumkan mereka tersesat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan semula pada pukul 8.30 pagi ini.

“Laporan mengenai kehilangan mangsa diterima daripada ahli keluarga kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Setakat operasi SAR yang berakhir pukul 7.20 semalam, kedua-dua mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button