BERITA SEMASA

Nahas Elmina: CVR hangus terbakar, modul memori tidak sempurna

PUTRAJAYA – Proses mendapatkan semula rakaman suara pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Lebuh Raya Guthrie berhampiran kawasan perumahan Elmina di Shah Alam minggu lepas menghadapi kesukaran kerana kotak perakam suara kokpit (CVR) itu hangus terbakar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kotak tersebut telah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura semalam untuk dianalisis bagi mendapatkan rakaman 30 minit terakhir sebelum terhempas.

“Ketua Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Bridge Jeneral Tan Chee Kee turut berada di sana bagi tujuan tersebut,” kata Anthony ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu siasatan ke atas nahas tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Semarak Merdeka di kementerian itu, hari ini.

Menurutnya, BSKU menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rakaman tersebut kerana CVR yang mengandungi modul memori perakam tersebut berada dalam keadaan tidak sempurna.

“Tidak pasti berapa lama diperlukan untuk mendapatkan data-data tersebut kerana sekarang ini beberapa masalah teknikal sedang diatasi pakar,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button