MyCARE umum sertai gelombang ketiga pelayaran ke Gaza
Gelombang ketiga flotila ke Gaza selepas Conscience-Madleen-Handala dan Global Sumud Flotilla (GSF)
KUALA LUMPUR – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengumumkan penyertaan mereka dalam misi pelayaran Freedom Flotilla Coalition (FFC) dengan kerjasama Thousand Madleens to Gaza (TMTG) bagi memecahkan kepungan rejim zionis ke atas Gaza.
MyCARE dalam satu kenyataan berkata, misi tersebut akan disertai lebih 100 orang aktivis dari 26 buah negara termasuk Malaysia.
“Misi ini akan menjadi gelombang ketiga flotila ke Gaza selepas Conscience-Madleen-Handala dan Global Sumud Flotilla (GSF).
“(Pelayaran) gabungan FFC dan TMTG akan belayar dengan kekuatan 10 buah kapal yang membawa pegawai perubatan, petugas media, serta aktivis kemanusiaan dan hak asasi manusia.
“Malaysia menghantar sembilan orang wakil yang terdiri daripada empat orang doktor perubatan, tiga orang aktivis kemanusiaan, seorang wartawan dan seorang pakar undang-undang hak asasi manusia dan hubungan antarabangsa,” kata MyARE dalam satu kenyataan, semalam.
Kenyataan itu turut memberitahu, kumpulan pertama akan berlepas hari ini manakala kumpulan kedua akan berlepas pada 30 Sept.
Untuk rekod, tahun 2025 sahaja tiga kapal FFC telah dihalang oleh rejim Zionis daripada belayar ke Gaza.
Pada bulan Mei, kapal Conscience dibom dengan menggunakan dron berhampiran perairan Malta diikuti kapal Madleen dan Handala dipintas tentera rejim masing-masing pada bulan Jun dan Julai ketika berada 100 dan 50 batu nautika dari Gaza.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








