JENAYAH & MAHKAMAH

Muhyiddin akan didakwa di mahkamah esok – Azam Baki

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

Sekali gus, menepis dakwaan yang mengatakan bekas Perdana Menteri itu akan didakwa di mahkamah hari ini.

“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

SPRM juga dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di perkarangan Ibu Pejabat SPRM pada jam 11.18 pagi, hari ini, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Muhyiddin sebelum ini menyatakan dirinya tidak bersalah atas tuduhan penyelewengan Jana Wibawa.

“Berdasarkan perbincangan sebelum ini, beliau menyatakan keyakinan tidak bersalah,” katanya kepada pemberita selepas Muhyiddin masuk ke bangunan Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button