BERITA SEMASAPMXPOLITIK

MP PAS mohon maaf dakwa PM pakai batik Indonesia

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Amzad Hashim tampil memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dakwaannya sebelum ini yang mengatakan Anwar mengenakan baju batik Indonesia dan bukannya batik tempatan.

Dalam permohonan maafnya, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu mengakui kesilapan tersebut dan memaklumkan bahawa beliau telah memadamkan hantaran yang mempertikai pilihan corak batik dipakai Perdana Menteri.

Menurutnya, teguran tersebut dibuat selepas menerima maklum balas daripada beberapa usahawan batik yang menyatakan rasa terkilan kerana mendakwa Anwar tidak menyokong corak Batik Malaysia.

“Saya tidak akan pertahankan khilaf saya dan hanya sedar sebentar tadi dimaklumkan pegawai saya kerana saya dalam kenderaan sepanjang perjalanan dari KL kembali ke Kuala Terengganu tidak mengikuti perkembangan posting tersebut.

“Yang ini memang salah saya dan perlu saya betulkan segera. Terima kasih semua yang berikan teguran.

“Kepada YAB PM, saya minta maaf, niat saya hanyalah memberikan pandangan kerana sebagai wakil rakyat Terengganu yang sentiasa bergaul dengan ramai pengusaha batik Malaysia antara isu yang selalu dibangkitkan adalah tentang nasib industri Batik Malaysia.

“Pohon maaf sekali lagi. Dengan hormatnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Batik
Kenyataan permohonan maaf di Facebook.

Terdahulu, Ahmad Amzad yang juga ahli PAS dalam hantaran asalnya meminta Perdana Menteri berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai, dengan mendakwa corak batik yang dipakai adalah dari Indonesia.

Bagaimanapun, seorang pengusaha batik tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa batik yang dipakai oleh Perdana Menteri adalah batik Kelantan serta merupakan hasil dari kedainya sendiri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button