BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

MOMOYO lancar aiskrim YoFlip Batik Edisi terhad sempena merdeka

KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, jenama minuman teh MOMOYO melancarkan YoFlip Batik, iaitu aiskrim edisi terhad yang boleh diterbalikkan dan pertama seumpamanya di Malaysia.

Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan berkata, dengan kerjasama antara MOMOYO dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YoFlip Batik melangkaui sekadar penciptaan aiskrim.

Beliau berkata, ia adalah lambang penghargaan terhadap kreativiti tempatan, warisan budaya, dan semangat perpaduan.

“Kerjasama ini bukan sekadar aiskrim, ia tentang meraikan kreativiti Malaysia, warisan budaya serta semangat perpaduan dalam satu cawan yang boleh digenggam, dibalikkan dan dinikmati,” katanya.

Terdahulu, majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah menarik minat ramai pecinta makanan dengan para tetamu menyertai demonstrasi “flip” atau dibalikkan secara langsung serta berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Dengan rekaan unik cawan boleh dibalikkan dan tidak tumpah, YoFlip memberikan kejutan yang menyeronokkan dalam setiap hidangan.

Edisi batik itu menampilkan rekaan cawan istimewa yang diinspirasikan daripada warisan batik ikonik Malaysia, menggabungkan keseronokan, kelembutan berkrim dan kebanggaan budaya dalam satu sajian.

MOMOYO
MOMOYO, jenama minuman teh yang inovatif, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) hari ini melancarkan YoFlip BATIK Edisi Terhad Hari Kemerdekaan.

Sasaran pengembangan agresif: 600 cawangan seluruh negara

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada April 2024, MOMOYO telah membuka lebih 150 cawangan di seluruh negara.

Sasaran untuk 2025 adalah untuk berkembang kepada 250 cawangan, diikuti oleh 300 hingga 400 cawangan pada 2026 dengan matlamat utama untuk mencapai 600 cawangan yang meliputi semua bandar utama dengan pasaran dua pertiga di seluruh negara.

Ditubuhkan pada 2022, MOMOYO telah mencipta segmennya menerusi strategi harga berpatutan, menawarkan teh buah segar dan aiskrim dalam julat harga RM5 hingga RM10, memudahkan pengguna menikmati minuman berkualiti tanpa tekanan kewangan.

Jenama ini menggunakan buah-buahan segar dalam semua produk dan telah melengkapkan pensijilan Halal dengan 99 peratus kakitangan adalah rakyat Malaysia.

Selain itu, MOMOYO turut merancang untuk melancarkan enam hingga lapan produk baharu setiap tahun termasuk rangkaian ‘kegemaran’ Malaysia yang menampilkan kopi putih, teh buah durian, aiskrim Milo dan minuman ais limau.

Produk bakeri juga akan diperkenalkan pada masa hadapan bagi memperkayakan menu.

MOMOYO
Sejak memasuki pasaran Malaysia pada April 2024, jenama ini telah membuka lebih 150 cawangan di seluruh negara.

Peluang francais seluruh negara

MOMOYO menawarkan sokongan menyeluruh termasuk rantaian bekalan yang mantap, operasi piawai, latihan sistematik, sistem keahlian dan integrasi platform penghantaran.

Daripada pemilihan tapak dan reka bentuk cawangan kepada latihan operasi, MOMOYO menyediakan bantuan dari hujung ke hujung, ditambah dengan kos permulaan berpatutan untuk menggalakkan keusahawanan.

YoFlip Edisi Batik boleh didapati di semua cawangan MOMOYO di seluruh negara mulai 29 Ogos ini sementara stok masih ada.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh layari media sosial melalui Instagram @momoyo_malaysia, Facebook MOMOYO Malaysia atau hubungi talian +6014-623 8981.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button