MINDEF serah surat tempahan dua radar udara dari Thales di Perancis
PARIS – Malaysia secara rasmi menyerahkan Surat Setuju Terima (LOA) kepada syarikat pertahanan Perancis, Thales, bagi pembinaan dua unit radar pengawasan udara jarak jauh GM400a untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam di sini, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berada di Perancis sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke negara berkenaan.
Sejurus majlis penyerahan, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan bersama Naib Presiden Thales, Hervé Dammann bagi membincangkan pengukuhan kerjasama strategik dua hala dalam bidang pertahanan dan teknologi ketenteraan.
“Thales dipertanggungjawabkan bagi membina dua unit GM400a long-range air surveillance radars untuk meningkatkan keupayaan pertahanan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Pertemuan ini bagi membincangkan peluang kolaborasi dalam aspek pertukaran teknologi, integrasi sistem pertahanan, pembinaan kapasiti industri tempatan, serta potensi kerjasama dalam bidang satelit dan keselamatan siber,” katanya dalam kenyataan.
Ujar beliau, sistem berteknologi tinggi itu dijangka memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan Malaysia menghadapi sebarang ancaman udara.
Menurut Mohamed Khaled, pertemuan bersama Thales turut membuka ruang perbincangan lebih luas yang merangkumi pertukaran teknologi, integrasi sistem pertahanan, pembinaan kapasiti industri pertahanan tempatan serta kerjasama masa depan dalam bidang satelit dan keselamatan siber.
“Kerjasama ini tidak terhad kepada pembelian aset semata-mata, tetapi turut memberi manfaat besar dari segi pemindahan teknologi dan penglibatan industri tempatan dalam rantaian nilai pertahanan.
“Ia selari dengan usaha Malaysia untuk membina ekosistem pertahanan yang berdikari dan berdaya saing,” katanya.
Radar GM400a yang bakal diterima merupakan antara sistem pengawasan udara tercanggih di dunia dan mampu beroperasi dalam pelbagai keadaan, menjadikannya aset penting dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan TUDM secara menyeluruh.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















