KEMENTERIAN KOMUNIKASI

MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi kolaborasi MADANI Kita

PERMATANG PAUH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi kolaborasi strategik bersama Penang Halal International (PHI) melalui penganjuran Program MADANI Kita (PMK) sempena Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026).

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama berkenaan merupakan julung kali dijalinkan menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai usaha memperluaskan akses rakyat terhadap pelbagai perkhidmatan kerajaan secara lebih bersepadu.

Menurut kenyataan itu, PMK yang diselaraskan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri mengangkat pendekatan whole-of-government dengan menghimpunkan kementerian serta agensi kerajaan Persekutuan di bawah satu bumbung.

“Pendekatan ini bertujuan memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan secara lebih cekap, mesra pengguna dan bersepadu,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga : MCMC sasar sejuta peserta Kempen Internet Selamat tahun ini

mcmc
Pengunjung memanfaatkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan menerusi Program MADANI Kita anjuran MCMC sempena Penang International Halal Expo 2026 di Politeknik Seberang Perai.

Program yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai bermula semalam hingga esok itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganjuran serentak PMK bersama PIHEX 2026 turut membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat dan usahawan untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta manfaat daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan agensi kerajaan dan rakan strategik.

Sepanjang program itu, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai kemudahan termasuk pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, reruai agensi kerajaan serta khidmat komuniti.

Selain itu, pengunjung turut boleh menyertai Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend serta menikmati kemudahan Wi-Fi percuma menerusi NADI On Wheels (NOW).

MCMC berkata, kolaborasi berkenaan mencerminkan komitmen berterusan suruhanjaya itu dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.

“Inisiatif ini turut menyokong pembangunan ekonomi setempat, memperluaskan keterangkuman digital serta memastikan manfaat agenda Malaysia MADANI dapat dinikmati lebih ramai rakyat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button