POLITIK

MCA jangan syok sendiri, DAP tak pernah minta kerjasama – Anthony

IPOH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyindir MCA dengan menegaskan parti itu tidak perlu ‘syok sendiri’ kononnya DAP mahu menjalinkan kerjasama politik secara langsung dengan mereka.

Anthony berkata, DAP tidak pernah menyuarakan hasrat sedemikian dan menganggap MCA hanya bermimpi jika menyangka parti itu diperlukan untuk menguatkan kedudukan politik DAP.

“Pertamanya, kita tidak pernah cakap mahu bekerjasama dengan mereka. Jadi jangan perasan seolah-olah DAP memerlukan MCA.

“Kita hanya bekerjasama dalam kerangka kerajaan Perpaduan, itu sahaja. Kalau MCA hendak buat apa-apa keputusan, itu hak mereka,” katanya ketika berucap pada Jamuan Makan Malam DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, malam tadi.

Anthony turut menegaskan, DAP mampu bergerak sendiri tanpa perlu bergantung kepada mana-mana parti lain di luar gabungan sedia ada, sekali gus menutup pintu terhadap sebarang bayangan kerjasama politik bersama MCA.

Kenyataan itu dilihat sebagai mesej tegas kepada MCA yang akhir-akhir ini cuba menampilkan diri sebagai parti yang masih relevan dalam politik tanah air meskipun terus tenggelam selepas gagal meraih sokongan dalam pilihan raya lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button