MBJB tidak benarkan warga asing berniaga di 62 lokasi bazar Ramadan, Aidilfitri
JOHOR BAHRU – Tiada warga asing dibenarkan menjalankan perniagaan di kesemua 62 lokasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di bandar raya ini.
Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad, pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut, lapor Kosmo Online.
“Penguatkuasaan juga akan dibuat sekiranya aktiviti berkenaan melibatkan konsep ‘ali baba’, iaitu menyalahgunakan lesen dikhususkan untuk warga tempatan untuk berniaga,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Menara MBJB, di sini hari ini.
Sejak beberapa tahun lalu, peniaga warga asing dikesan terlibat berniaga di beberapa bazar Ramadan sekitar bandar raya ini.
Ini termauk yang menjual kunafa dan berwajah seiras pelakon Hollywood, Vin Diesel.
Sementara itu, Mohd. Haffiz turut memberitahu, 62 lokasi bazar Ramadan dan Aidilfitri yang telah diluluskan turut melibatkan 13 lokasi baharu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















