Projek JanaVeteran bantu 15 veteran ATM jana pendapatan menerusi tanaman halia
KOTA TINGGI – Seramai 15 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima jaminan pendapatan bulanan RM2,500 menerusi Projek JanaVeteran yang memberi tumpuan kepada penanaman halia secara fertigasi di Telok Sengat, di sini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek yang dilaksanakan sejak Mac lalu itu membabitkan kawasan seluas 12 hektar dan mula menunjukkan hasil positif.
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama strategik antara Boustead Plantations Berhad (BPlant) dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bagi memperkukuh sosioekonomi bekas anggota tentera.
“Selain jaminan pendapatan bulanan, peserta turut berpeluang menerima insentif tambahan berdasarkan prestasi hasil tuaian,” katanya.

Menurut Kementerian Pertahanan, BPlant turut memperluas manfaat program berkenaan menerusi Projek JanaKomuniti yang membabitkan 22 peserta dari FELDA Air Tawar 2 dan FELDA Air Tawar 3.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 12 bakal veteran ATM menerima sijil tamat latihan selepas mengikuti Latihan Dalam Industri (LDI) hasil kerjasama BPlant dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
“Kejayaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan Veteran ATM, membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat serta menyokong pembangunan sektor pertanian moden dan agenda keterjaminan makanan negara,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








