Mayat ditemukan di tepi sungai, wanita COD makanan dipercayai dibunuh
KUANTAN – Mayat seorang peniaga makanan wanita yang dipercayai menjadi mangsa jenayah ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah hari tadi.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita itu.
“Siasatan mendapati mangsa seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah Kuantan serta seorang peniaga makanan.
“Menurut saksi, mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







