Wanita warga asing maut dipercayai dibunuh di kilang
TANGKAK – Seorang wanita warga asing ditemukan maut dipercayai dibunuhws di sebuah kilang di kawasan industri di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Roslan Mohd Talib berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.40 pagi.
Menurutnya, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai ditikam.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada bahagian leher mangsa sebelum mayat dihantar ke Hospital Tangkak untuk tindakan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang wanita warga asing di lokasi sama bagi membantu siasatan.
Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah, ASP Sharidhathul Aflaha Ismail di talian 019-2699573 atau bilik gerakan IPD Tangkak di talian 06-978 5222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








