MARA desak tindakan tegas susulan kes pelajar maut dibuli
KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap insiden buli yang didakwa menyebabkan seorang pelajar meninggal dunia.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Asyraf meluahkan rasa sedih atas kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Sabah.
“Sedih pagi-pagi baca berita mangsa buli meninggal dunia di sebuah sekolah di Sabah.
“Kena ambil tindakan tegas terhadap pembuli. Semua pihak wajib ambil peduli isu buli dan tangani secara holistik,” katanya dalam hantaran itu.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Papar yang dilaporkan meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat tiga sekolah berkenaan pada Rabu lalu.
Pelajar tersebut disahkan meninggal dunia semalam ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







