BERITA SEMASA

Institusi pendidikan MARA dapat sehari cuti tambahan sempena Aidilfitri – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Kesemua 345 institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mendapat cuti tambahan bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas perbincangan bersama Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Pengarah MARA untuk turut memberikan satu hari cuti tambahan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua 345 Institusi Pendidikan MARA. Kenyataan rasmi daripada MARA akan menyusul,” katanya di Facebook hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan, pada 18 Mac kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

KPM dalam kenyataan sama memaklumkan pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button