Manifesto kekal satu, aku janji calon komitmen kepada pengundi
JOHOR BAHRU – Pengumuman dibuat calon Pakatan Harapan (PH) pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan manifesto rasmi gabungan berkenaan, sebaliknya satu tekad dan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu di kawasan masing-masing.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, manifesto PH hanya merujuk kepada dasar dan komitmen yang akan dilaksanakan jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata, manifesto rasmi PH yang akan dilancarkan dalam masa terdekat itu, akan mengandungi dasar dan hala tuju pentadbiran negeri, bukannya janji khusus di sesuatu kawasan.
“Apabila kita bercakap mengenai manifesto, ia mengenai dasar dan apa yang PH akan laksanakan apabila berjaya menjadi kerajaan negeri.
“Calon yang mengumumkan perancangan di kawasan masing-masing hanya membawa tekad mereka untuk membantu penduduk setempat,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan pelaksanaan mekanisme bantuan BUDI Madani Diesel di Stesen Petronas Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.
Dr. Fuziah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan calon PH bagi DUN Perling, Alan Tee Boon Tsong dan calon DUN Skudai, Kartiyaini Jeyapalan yang mengumumkan manifesto masing-masing semalam.
Kedua-dua calon itu memberi tumpuan kepada isu setempat berbanding manifesto rasmi PH Johor yang dijadual dilancarkan esok.
Dr Fuziah berkata, komitmen calon untuk menangani isu seperti kutipan sampah atau masalah setempat tidak boleh dianggap sebagai manifesto kerana tidak membabitkan dasar pentadbiran kerajaan negeri.
“Jika calon mahu menyelesaikan masalah kutipan sampah contohnya, itu bukan manifesto. Itu tekad mereka membantu kawasan diwakili, ia bukan dasar besar membabitkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















