
Man United tawar pekerja dan staf berhenti secara sukarela
MANCHESTER – Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United mengeluarkan notis menawarkan pemberhentian kerja kepada staf dan kakitangan kelab secara sukarela pada petang kelmarin.
Menurut portal sukan The Atheltics, notis itu memberikan pekerja hanya tujuh hari untuk membuat keputusan mengenai kerjaya mereka di kelab tersebut.
“Emel tersebut menyatakan bahawa tawaran ini melibatkan semua pekerja yang bukan dalam bidang bola sepak, termasuk staf yang bekerja di kompleks latihan Carrington,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, pekerja-pekerja itu diberi sehingga 5 Jun ini untuk memutuskan sama ada mereka ingin menerima tawaran peletakan jawatan secara sukarela tersebut.
“Staf yang menerima tawaran sebelum 5 Jun akan layak mendapat bayaran bonus tahunan mereka, yang biasanya dibayar kemudian dalam tahun tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, langkah tersebut juga adalah sebahagian daripada usaha INEOS atau Sir Jim Ratcliffe sebagai pemilik untuk mengurangkan kos dan sebahagian daripada proses penyusunan semula struktur.
“Manchester United kini berdepan kerugian RM252,218,607.33 ($52.5 juta) walaupun mencatatkan pendapatan keseluruhan yang positif,” katanya.
Katanya, INEOS berusaha untuk mengurangkan jumlah staf kelab dari lebih 1,000 orang.
Tambahan lagi, Ratcliffe juga menghantar emel kepada semua staf tentang kebersihan di Old Trafford dan Carrington.
Beliau menyatakan pada satu kawasan dengan gambaran sebagai memalukan.
“Staf diberi amaran bahawa prestasi rendah di seluruh organisasi akan membawa kepada pembatalan keistimewaan seperti parti Krismas,” katanya.
Manchester United menamatkan musim di tempat kelapan, kedudukan terendah mereka dalam era Liga Perdana.
Namun, mereka layak ke bola sepak Eropah selepas memenangi Piala FA di Wembley baru-baru ini.
Katanya, pemberhentian kerja besar-besaran adalah usaha agresif Manchester United untuk meningkatkan kecekapan dalam operasi.
“Ia juga adalah usaha untuk memastikan kelab tetap kompetitif di peringkat domestik dan antarabangsa,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








