SUKAN

EPL: Fulham bangkit ikat Manchester United

LONDON – Manchester United terus buntu memburu kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini selepas sekadar terikat 1-1 dengan Fulham di Craven Cottage, awal pagi tadi.

United terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-58 apabila tandukan Leny Yoro terkena Rodrigo Muniz sebelum bola menerjah gawang tuan rumah.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Emile Smith Rowe meledak gol penyamaan buat Fulham sebaik sahaja dimasukkan pada minit ke-73.

Babak pertama menyaksikan Red Devils mensia-siakan peluang terbaik termasuk sepakan penalti Bruno Fernandes yang melambung tinggi selepas semakan VAR mengesahkan terjahan Calvin Bassey terhadap Mason Mount.

Matheus Cunha turut hampir mencetak nama selaku penjaring, namun rembatan pertamanya ditepis Bernd Leno manakala percubaan kedua hanya singgah di tiang gol.

Keputusan seri itu menambah tekanan buat skuad kendalian Ruben Amorim yang kini gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan pertama musim baharu, manakala Fulham mengekalkan rekod tanpa kalah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button