LUAR NEGARA

Senat AS tolak usul henti serang Iran, konflik dijangka berlarutan hingga 2 bulan

WASHINGTON – Senat Amerika Syarikat (AS) menolak usul bagi menghentikan operasi ketenteraan terhadap Iran, sekali gus memberi laluan kepada pentadbiran Presiden Donald Trump meneruskan serangan yang berpotensi berlarutan sehingga dua bulan.

Usul berkenaan yang dibawa oleh senator Parti Demokrat bertujuan mengehadkan kuasa presiden di bawah resolusi War Powers agar sebarang tindakan ketenteraan lanjut memerlukan kelulusan Kongres.

Namun dalam pengundian yang berlangsung di Senat, usul tersebut gagal diluluskan selepas hanya memperoleh 47 undi menyokong berbanding 53 menolak, dengan majoriti senator Republikan mengundi menentangnya.

trump
Trump berkata, operasi itu dilancarkan bagi melindungi rakyat AS.

Keputusan itu memberi lampu hijau kepada pentadbiran Trump untuk meneruskan operasi ketenteraan di Iran ketika konflik di Asia Barat semakin memuncak.

BACA JUGA:

Trump dakwa Iran lumpuh, Tehran jadi ‘bandar hantu’ selepas dibedil bertalu-talu

Menurut laporan beberapa portal antarabangsa, pentadbiran AS menjangkakan kempen ketenteraan itu boleh berlanjutan sehingga lapan minggu, dengan Iran masih memiliki keupayaan melancarkan serangan balas di rantau Teluk.

Pemimpin Demokrat sebelum ini memberi amaran bahawa konflik berisiko merebak tanpa strategi keluar yang jelas.

Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer menegaskan undian tersebut menentukan sama ada Kongres akan mengawal keputusan perang atau menyerahkan sepenuhnya kepada presiden.

“Undian ini akan menentukan sama ada Kongres berpihak kepada rakyat Amerika yang sudah letih dengan konflik berpanjangan di Asia Barat atau membenarkan presiden meneruskan tindakan ketenteraan tanpa mandat Kongres,” katanya seperti dilaporkan portal antarabangsa.

Sementara itu, senator Republikan mempertahankan keputusan menolak usul tersebut dengan menyatakan presiden mempunyai kuasa mencukupi untuk bertindak demi melindungi kepentingan keselamatan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button